Bagaimana Cara Memasang Aplikasi VidPaw ke dalam peranti Android
Pasang Aplikasi VidPaw ke dalam Peranti Samsung
Pasang Aplikasi VidPaw ke dalam Peranti Android lain
Pasang Aplikasi VidPaw ke dalam Peranti Samsung
LANGKAH 1.
Muat turun Aplikasi VidPaw dengan klik pada butang muat turun di tapak web rasmi VidPaw. Apabila fail APK sudah dimuat turun ke dalam peranti, satu notis akan muncul di bawah halaman.
LANGKAH 2.
Lazimnya, Samsung melarang pengguna daripada memasang aplikasi sumber luar selain Google Play Store. Maka, anda perlu pergi ke “Tetapan > Kunci Skrin dan Keselamatan > Pasang aplikasi yang tidak dikenali” sebelum memasang Aplikasi VidPaw.
LANGKAH 3.
Skrol ke bawah untuk cari Chrome. Klik informasi aplikasi untuk memilih pilihan "Benarkan pemasangan sumber ini". Ini akan membenarkan pengguna memasang APK VidPaw yang dimuat turun melalui Chrome.
LANGKAH 4.
Pergi ke Muat Turun dalam peranti Android anda dan pasang Aplikasi VidPaw. Mulakan pasang fail APK dan anda akan nampak satu notis yang muncul. Bubuh tanda rait pada kotak itu untuk membenarkan pemasangan aplikasi daripada Chrome dan sentuh butang “Muat Turun”.
Pasang Aplikasi VidPaw ke dalam Peranti Android lain
LANGKAH 1.
Klik pada butang “Muat Turun”di tapak web rasmi VidPaw untuk memuat turun Aplikasi VidPaw versi Android. Sentuh "OK" apabila anda nampak satu mesej amaran di bawah halaman untuk teruskan muat turun APK VidPaw.
LANGKAH 2.
Dah bersedia untuk memasang Aplikasi VidPaw ke dalam Android? Anda akan terima notis "Pemasangan dihalang" pada kali pertama anda memasang aplikasi sumber luar selain Google Play Store. Klik "Tetapan" untuk buang halangan ini.
LANGKAH 3.
Selepas pergi ke Tetapan, pilih Sekuriti dan benarkan “Sumber yang tidak diketahui”. Kemudian, Android akan membenarkan anda memasang aplikasi sumber luar selain Google Play Store.
LANGKAH 4.
Balik ke halaman Muat Turun dan cari APK VidPaw yang sudah dimuat turun. Mula pasang Aplikasi VidPaw semula. Selepas pemasangan, jangan lupa ubah pilihan di Tetapan untuk menghalang “Sumber yang tidak diketahui” demi melindungi keselamatan peranti anda.
Adakah anda berjaya memasang Aplikasi VidPaw ke dalam Peranti Android? Mulakan Aplikasi VidPaw dan memperkaya kehidupan anda dengan peralatan hiburan yang hebat ini. Jika ada soalan atau pandangan lain, hubungi pasukan VidPaw di [email protected] atau layari tapak web VidPaw untuk maklumat lanjut.